Monday, July 15, 2013

MODUL PERKONGSIAN


GAJI PEKONGSI
  •  Dibayar kepada pekongsi aktif yang menguruskan perniagaan
  • Dibayar dalam bentuk elaun, gaji atau bonus
  • Boleh dibayar secara tunai atau
  • Dikreditkan sebagai terakru dalam akaun semasa pekongsi tersebut
  • Merupakan tuntutan yang akan dibayar oleh perkongsian kepada pekongsi
  • Merupakan pendapatan kepada pekongsi


Latihan 4:
Firma  Annas dan Annis telah menandatangani Ikatan Perjanjian Perkongsian pada 1 Januari 2010 dan menetapkan  bahawa Annas dan Annis akan menerima gaji tahunan RM6 000  setiap seorang. Separuh daripada gaji akan dibayar  pada akhir tempoh perakaunan dan separuh lagi akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa pekongsi. Rekodkan pembayaran gaji ke dalam akaun-akaun berkenaan.

Akaun terlibat:   Akaun Tunai
                        Akaun Gaji Annas
                        Akaun Gaji Annis
                        Akaun Semasa Annas
                        Akaun Semasa Annis

KONGSI UNTUNG ATAU KONGSI RUGI
  •  Akan ditentukan setelah mengambil kira item2 berikut:

Ø  Faedah atas ambilan
Ø  Faedah atas modal
Ø  Gaji/ bonus/ elaun
  • Pembahagian dibuat mengikut nisbah yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Ikatan Perjanjian Perkongsian.
  •  Jika tiada Ikatan Perjanjian Perkongsian, maka untung / rugi hendaklah dibahagikan sama rata antara pekongsi iaitu menurut peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961 
Latihan 5:

Perkongsian Reza dan Aira memperoleh keuntungan RM30 000 pada akhir tahun perakaunan. Mengikut Ikatan Perjanjian Perkongsian, keuntungan hendaklah dibahagikan mengikut nisbah modal yang disumbangkan. Modal yang disumbangkan ditunjukkan di bawah

            Reza                             RM40 000
            Aira                              RM20 000


a)     Kira kongsi untung bagi setiap pekongsi

No comments:

Post a Comment