Sunday, July 14, 2013

MODUL PERKONGSIAN

EKUITI PEMILIK DALAM PERKONGSIAN
  • AKAUN MODAL

- Disediakan berasingan bagi setiap pekongsi
- Modal yang disumbangkan oleh pekongsi akan dikreditkan ke dalam akaun Modal masing-masing

  1. Kaedah Modal Tetap

- Akaun Modal Pekongsi hanya akan digunakan untuk merekod:

  • Modal yang disumbangkan oleh pekongsi dan
  • Modal tambahan yang dibawa masuk oleh pekongsi sahaja.
  • Akaun ambilan dan keuntungan atau kerugian pekongsi tidak akan direkod dalam Akaun Modal Pekongsi sebaliknya hanya akan direkod dalam Akaun Semasa. Pekongsi.
  • Jumlah dalam akaun Modal Pekongsi tidak akan berubah

      2.        Kaedah Modal Berubah

- semua item yang berkaitan dengan pekongsi akan direkod ke dalam Akaun Modal sahaja.
- Item-item tersebut ialah:


  • Modal yang disumbangkan oleh pekongsi
  • Bahagian untung atau rugi pekongsi
  • Ambilan yang dibuat oleh pekongsi
  • Jumlah dalam akaun Modal Pekongsi akan berubah-ubah



  • AKAUN SEMASA

- Disediakan secara berasingan bagi setiap pekongsi
- Hanya disediakan jika menggunakan kaedah modal tetap.
- Bahagian debit menunjukkan:


  • tuntutan perkongsian terhadap pekongsi iaitu  
  • akan mengurangkan pendapatan pekongsi tersebut
  • Apa-apa bayaran/ tuntutan yang pekongsi perlu bayar kepada  perkongsian  seperti ambilan, faedah atas ambilan , kongsi rugi 

- Bahagian kredit menunjukkan:

  • tuntutan pekongsi terhadap perkongsian iaitu 
  • apa-apa bayaran yang  perkongsian perlu bayar kepada pekongsi  seperti:

o faedah atas modal
o gaji pekongsi yang belum dibayar
o faedah atas pinjaman yang belum dibayar
o bonus yang belum dibayar
o kongsi untung.

  •  akan menambah pendapatan perkongsi tersebut


Pengiraan dan perekodan

FAEDAH ATAS MODAL

  • Merupakan ganjaran yang perlu dibayar kepada pekongsi kerana menyumbangkan modal ke dalam perniagaan
  • Merupakan tuntutan terhadap perkongsian
  • Merupakan pendapatan pekongsi
  • Akan direkod di sebelah kredit akaun Semasa
  • Perlu dibayar oleh  perkongsian kepada pekongsi berkenaan
  • Dihitung berdasarkan Ikatan Perjanjian Perkongsian
  • Bertujuan untuk menggalakkan pekongsi menyumbangkan lebih banyak moldal.

Cara pengiraan:  Faedah Atas Modal  = Modal x Kadar faedah x Tempoh

Catatan bergu
DT Akaun faedah Atas Modal ( merupakan belanja perkongsian)
KT Akaun Semasa Pekongsi ( pendapatan pekongsi)



Latihan 1.

Pada 1 Januari 2010 Akaun Modal SpongeBob dan Patrick mempunyai baki seperti berikut

SpongeBob RM50 000
Patrick         RM40 000
Pada 1 Oktober Patrick memasukkan modal tambahan sebanyak RM10 000 lagi ke dalam perkongsian. Faedah atas modal ialah 5% setahun.

Kira:
a) Faedah Atas Modal bagi setiap pekongsi
b) Tunjukkan catatan dalam lejar yang berkaitan (menggunakan kaedah modal tetap)


FAEDAH ATAS AMBILAN
  • merupakan faedah yang dikenakan kepada pekongsi kerana membuat ambilan
  • tujuan bagi mengelakkan pekongsi membuat ambilan berlebihan
  • ambilan yang berlebihan akan merugikan modal kerja firma
  • kadar faedah atas ambilan akan ditetapkan dalam ikatan perjanjian perkongsian.
  • Merupakan tuntutan/ bayaran yang perlu dibayar oleh pekongsi kepada perkongsian
  • Akan direkod di sebelah debit Akaun Semasa
  • Mengurangkan pendapatan pekongsi

Faedah Atas Ambilan = Jumlah ambilan x Kadar Faedah x Tempoh

Latihan 2:

Tahun perakaunan bagi Perkongsian AsamJawa berakhir pada 31 Disember 2010. Maklumat berikut merupakan ambilan pekongsi sepanjang tahun 2010

Asam RM1000 (1 Jun 2010)
Jawa         RM  800(1 Oktober 2010)

Faedah atas ambilan sebanyak 10% setahun

Kira:
a) Faedah atas ambilan
b) Tunjukkan catatan dalam Akaun Lejar  yang berkaitan


FAEDAH ATAS PINJAMAN
  • cara mudah bagi perkongsian mendapat pinjaman dengan meminjam dari pekongsi
  • pinjaman yang diberi oleh pekongsi kepada firmanya akan dibayar faedah
  • merupakan pendapatan pekongsi
  • akan dibayar oleh perkongsian kepada pekongsi
  • direkod di sebelah kredit Akaun Semasa pekongsi kerana merupakan pendapatan kepada pekongsi
  • akan direkod di sebelah debit Akaun Untung Rugi kerana merupakan belanja perniagaan
  • akan dicatat sebagai liabiliti semasa dalam Kunci Kira-kira.
CATATAN BERGU

DT Akaun Faedah Atas Pinjaman
KT Akaun Semasa Pekongsi


Latihan 3:

Pada 1 Januari 2010 pekongsi Upin telah member pinjaman kepada firma perkongsiannya sebanyak RM50 000. Kadar faedah ialah 5% setahun. Pada 31 Ogos sebank RM500 telah dibayr secara tunai kepada Pekongsi Upin dan bakinya masih terakru pada 311 Disember 2010. 

a) Kira Faedah Atas Pinjaman
b) Tunjukkan catatan dalam lejar



No comments:

Post a Comment